Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Skandal Koperasi

Faedah 24% bagi Pinjaman Koperasi

Ahli-ahli koperasi mungkin mendapatinya mudah untuk mendapatkan pinjaman tetapi pinjaman ini mungkin amat mahal. Bagi seorang ahli koperasi, kadar faedah adalah setinggi 24% setahun.

Pinjaman itu adalah mahal kerana pihak koperasi memotong “kos pinjaman 19% daripada pinjaman pokok.”

Ahli-ahli yang menandatangan mengetahui sangat sedikit mengenai apa yang mereka dapat sendiri. Mereka bukan sahaja menandatangani borang kosong tetapi mereka juga tidak mempunyai salinan perjanjian itu.

Dalam satu kes, seorang ahli memohon pinjaman sebanyak RM80,000 dengan menandatangani satu boring kosong. Tidak ada penjelasan yang diberi mengenai kenapa jumlah sebenar yang diterimanya Cuma Rm33,995. Beliau juga tidak diberikan salinan bagi perjanjian pinjaman itu.

Selepas perkara itu dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), kami menerima jawapan yang memberi maklumat terperinci mengenai pinjaman itu dan satu salinan perjanjian pinjaman.

Berdasarkan jadual, jumlah pinjaman tersebut adalah RM42,000. Kadar faedah adalah 10% setahun dan apabila dikira pinjaman pokok sebanyak RM42,000, jumlah faedah yang dibayar adalah RM29,400.

Apabila faedah bagi tempoh pinjaman itu dikira berdasarkan jumlah pinjaman asal, ia bermakna peminjam itu membayar sebahagian faedah bagi wang yang telah pun dibayar semula. Memandangkan ansuran dibayar setiap bulan, faedah hanya perlu dikenakan ke atas baki yang berkurang setiap bulan.

Mengambil kira faedah yang dibayar ke atas pinjaman RM42,000 adalah RM29,400 maka kadar faedah sebenar adalah 17% setahun.

Bagaimanapun, kadar faedah sebenarnya yang dibayar oleh peminjam meningkat di-sebabkan 19% dipotong daripada pinjaman tersebut. Dengan itu peminjam hanya mendapat RM33,995.

Apabila peminjam membayar faedah sebanyak RM29,400 ke atas pinjaman RM33,995, faedah sebenar ke atas pinjamannya melonjak hingga 24% setahun.

Apakah potongan 19%? Jika ia adalah komisen bagi koperasi tersebut maka ia terlalu tinggi dan mungkin menjadi alasan kenapa koperasi menggalakkan ahli mereka mengambil pinjaman.

Pihak koperasi boleh me-negaskan yang komisen itu jatuh ke tangan koperasi dan akhirnya (dari segi teori) ia kembali semula kepada ahlinya. Bagaimanapun, kadar faedah yang tinggi adalah beban yang tidak sepatutnya ditanggung oleh peminjam.

Untuk melindungi ahli-ahlinya, SKM seharusnya melihat yang koperasi hanya mengenakan jumlah nominal bagi pinjaman yang diuruskan.

Jadual: Butiran Pinjaman RM42,000
        
Ansuran bulanan                         RM850 (84 bulan)

Jumlah pinjaman                           RM71,400

Pinjaman pokok                             RM42,000

Kadar faedah                            RM29,400
                                        RM42,000 x 10% x 7 tahun)

Potongan kos pinjaman                  RM7,980
19% daripada pinjaman pokok

Potongan
(yuran RM5 + syer RM20)                 RM25

Jumlah wang tunai diterima               RM33,995
oleh  peminjam






 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt