Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Sejarah Skandal

1. ANGKASA: Dakwaan Penipuan di Koperasi Penaung

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) bermula pada 1977 sebagai penaung koperasi di negara ini.

Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Bekas Presiden, Profesor Diraja Ungku Aziz menyuarakan kekecewaannya terhadap siasatan SKM berhubung dakwaan penyelewengan dana yang masih belum diselesaikan sehingga Januari 2009.

Beberapa perkara yang tidak kena dalam pentadbiran dan kewangan ketika proses permohonan pinjaman dan potongan bayaran balik dalam ANGKASA itu dikemukakan dalam laporan siasatan kepada SKM pada 23 Oktober dan 18 November 2008. Beliau kesal dengan ketiadaan maklum balas terhadap perkara itu walaupun ia melibatkan kira-kira RM20 juta sehari (Malaysian Insider, 23.12.08).

Sesetengah ahli jawatankuasa pentadbiran mengambil elaun yang berjumlah antara RM15,000 dan RM25,000 seorang dalam tempoh (daripada 24 Mac hingga 5 Mei 2008) ketika Ungku Aziz dikeluarkan daripada pejabatnya (Malaysian Insider, 24.12.08).

Pada Mac 2009, Perunding Koperasi Thurasingham Shun menulis di akhbar  mendedahkan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di dalam ANGKASA. Beliau meminta  SKM menyiasat ANGKASA dan ahli lembaga pengarahnya digantung.

Menurutnya, proses pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan pada Januari 2009  tidak sah kerana 50% perwakilan adalah pelajar di bawah 18 tahun dan guru yang mewakili koperasi sekolah.

Antara perkara lain yang dikemukakan oleh  Perunding Koperasi Thurasinggam Shun ialah:

• Pegawai kanan ANGKASA yang meluluskan kontrak dengan syarikat yang mana beliau sendiri turut terlibat.

• Tuntutan yang dikemukakan dalam keadaan yang tidak teratur.

• Elaun dituntut tanpa tandatangan.

• Tuntutan “penggunaan harian” dan bayaran dibuat tanpa garis pan-duan yang ditetapkan.

• Isu Amanah Saham Angkasa, dengan pelaburan awal sebanyak RM500 juta telah merosot kepada RM230 juta dan ANGKASA cuba untuk melupuskan RM5.1 juta pelaburannya.

2. Skandal 24 Koperasi Pengambil Deposit: 552,000 Pendeposit, Melibatkan RM1.5 Bilion

Skandal Koperasi Pengambil Deposit (DTC) pada 1986 mungkin  berlaku sekali lagi. Setahun sebelum skandal meletus, CAP sudah pun menulis surat kepada JPK untuk mengetahui mengenai amalan kawalan ke atas koperasi dan perlindungan yang diberikan kepada pendeposit.

CAP mendedahkan penye-lewengan dalam koperasi itu seperti:

• Pengarah menggunakan dana koperasi untuk membeli tanah yang mereka miliki atau dikawalnya pada harga yang melebihi harga pasaran.

• Pengarah menggunakan koperasi untuk membeli saham yang dimiliki mereka dalam syarikat persendirian pada harga melebihi nilai pasaran.

• Pihak koperasi juga memberikan pinjaman besar tanpa cagaran kepada pengarah, saudara mara atau syarikat mereka.

Pada 29  Julai 1986, CAP menyerahkan memorandum “Keperluan Kawalan Lebih Besar Ke Atas Koperasi” kepada Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kewangan, Jabatan Pembangunan Ko-perasi (JPK), dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. CAP menegaskan  Akta Koperasi 1948 perlu dipinda dan aktiviti koperasi dikawal dengan lebih ketat.

Bagaimanapun, amaran awal kami tidak dipedulikan dan selepas itu skandal pun meletus.

Akhirnya bencana DTC yang berlaku pada bulan  berikutnya melibatkan 24 koperasi, 522,000 pendeposit dan kira-kira RM1.5 bilion deposit.

Puncanya...

• Apabila Koperasi Belia Bersatu Berhad (KOSATU) menggantung bayaran kepada pendeposit yang mahu mengeluarkan simpanan mereka pada Julai 1986.

• Peraturan Penting (Perlindungan Pendeposit) 1986 yang diisytiharkan pada 20 Julai 1986 membenarkan BNM membekukan aset KOSATU dan pengurusan utamanya dan juga menyiasat hal ehwal koperasi itu.

Akhirnya...

• Pendeposit lain jadi panik dan mereka menumpu kepada  koperasi lain.

• Pada 8 Ogos 1986, 23 aktiviti koperasi lain juga turut digantung.

• 17 firma perakaunan kemudiannya dilantik untuk membantu BNM dalam siasatannya dan mengemukakan Kertas Putih.   

• Kertas Putih terhadap DTC menunjukkan 24 ko-perasi itu pada November 1986, kehilangan kira-kira RM673 juta melalui salah laku pengurusan dan penipuan, pengurusan yang buruk,  kurang bijak dan pengurusan yang rasuah.

Terdapat juga kerugian atau subsidiari yang tidak menjana perolehan dan syarikat berkaitan sehingga 42% daripada jumlah aset yang terlibat dalam pinjaman atau pelaburan modal dalam syarikat seperti itu.

Koperasi ini juga mengalami kerugian akibat:

• Pelaburan spekulasi dalam saham.

• Insiden aktiviti penipuan dan konflik kepentingan yang membawa kepada pemberian pinjaman dana yang kurang bijak termasuk kepada pengarah dan pihak berkepentingan lain.  

Pada 1986, lima pengarah daripada tiga DTC didakwa di mahkamah dan pada 1987 seramai 17 pengarah daripada lima lagi DTC turut didakwa.

Hal-hal Lain:

1. Bayaran balik kepada pendeposit 24  DTC dibuat melalui tiga jenis skim penyelamat iaitu bayaran kembali sepenuhnya ringgit ke ringgit secara tunai atau kombinasi tunai dan ekuiti.

Ia melibatkan RM600 juta dalam bentuk pinjaman mudah dan pinjaman ko-mersial daripada Bank Negara Malaysia (BNM). BNM juga membayar RM15.6 juta untuk membayar yuran profesional bagi menyiasat dan kerja menyelamat.  

2. Pada 1988, tujuh lagi DTC bermasalah telah disiasat, tiga daripadanya beroperasi di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Sebuah daripada empat koperasi di Semenanjung itu ialah Persekutuan Koperasi Perumahan Berhad (FHC), di mana Bank  Koperasi Pusat (CCB) mempunyai 78% kepentingan di dalamnya.

3. MOCCIS: Bekas Ahli Tunggu 5 Tahun Untuk Dapatkan Semula Wang

Pada Februari 2008, Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Ma-laysia Berhad (MOCCIS) yang ditubuhkan pada 1934  diletakkan di bawah pentadbiran Rakyat Asset Management Sdn. Bhd. oleh SKM., kerana:

• Ia tidak mampu membayar (insolvent).

• Ia tidak boleh menjalankan aktiviti dan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar gaji pekerja dan pinjaman kepada ahli terpaksa dihentikan.

• Ia juga tidak dapat membayar balik saham/yuran kepada ahlinya yang meminta supaya dikembalikan semula.

Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin pernah mengulas:  MOCCIS mempunyai masalah hutang sebanyak RM78 juta dan masalah kecairan aliran tunai negatif (Utusan Malaysia, 3.1.08).

Ahlinya pula mengadu bahawa mereka tidak dapat mengeluarkan wang mereka daripada MOCCIS.

Seorang ahli  mengadu apabila dia tidak dapat mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM10,000 pada 2006, dia diberitahu bahawa dia akan dibayar 10% daripadanya pada Mac 2007. Bagaimanapun apabila tiba masanya beliau tidak mendapat wangnya.

Utusan Malaysia tahun 2006 menyiarkan  artikel mengenai  MOCCIS. Antaranya masalah MOCCIS bermula pada 1988 apabila ia mengalami kerugian besar daripada pelaburan yang dijalankan pada pertengahan 1997.

Antaranya ialah RM10.1 juta dalam Hotel Butik di Pulau Langkawi, RM2.2 juta dalam Silicon Vision International Corp dan RM1 juta dalam Telekom Advanced System.            

Membuat bayaran pendahuluan (tanpa mendapatkan sebarang cagaran atau jaminan) kepada Isuta Sdn. Bhd. (RM13.6 juta), United Mal Jap Air Conditioning (RM3.3 juta) dan kepada individu bernama BT Chan (RM1.3 juta). Pihak berkenaan kemudiannya enggan untuk mengembalikan semula deposit itu kepada MOCCIS.

Artikel itu juga  menyatakan kerajaan telah memberikan pinjaman mudah sebanyak RM78.2 juta untuk menyelesaikan hutang tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan operasinya.

MOCCIS juga telah melanggar undang-undang dengan melabur dalam syarikat subsidiari tanpa kebenaran Ketua Pengarah Ko-perasi. Membuat bayaran pendahuluan kepada syarikat bukan subsidiari dan menjalankan pelaburan dengan wang yang dipinjam bukannya menggunakan dana lebihan (Utusan Malaysia, 18.1.06).

Pada Februari 2009, Pengerusi SKM melaporkan situasi kewangan MOCCIS menunjukkan peningkatan dan mempunyai aliran tunai positif. Ia juga telah mengambil ahli baru, memulihkan semula skim pinjaman dan ia juga mendapat pembiayaan RM50 juta daripada Bank Rakyat.

Bagaimanapun, MOCCIS masih terhutang dengan ahlinya yang sudah berhenti dengan tunggakan sebanyak RM13.4 juta. Mereka akan dibayar 20% daripada jumlah yang terhutang sehinggalah jumlah keseluruhannya dibayar semula.

Ini  tentunya terpaksa  me-ngambil masa lima tahun untuk mendapatkan bayaran semula sepenuhnya. Bagaimanapun tunggakan bonus akan hanya dibayar selepas yuran/saham yang terhutang diselesaikan.      

Sejarah hitam ini tidak mudah dilupakan.

4. Bank Rakyat Rugi RM65 Juta,

Pengarah Urusan, Pegawai Seleweng

Pada 1975, Bank Rakyat, bank koperasi yang ditubuhkan pada 1954, tidak mampu membayar. Ia telah mengumpul kerugian sebanyak RM65 juta. Kecurigaan berhubung kedudukan kewangan Bank tersebut ditimbulkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-19, ia menjadualkan akaunnya pada 1973 dan 1974, kedua-duanya tidak mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pendaftar Koperasi. Akaun pada tahun 1973 dan 1974 menunjukkan prestasi bank itu menguntungkan sungguhpun pada hakikatnya bank itu mengalami kerugian besar bagi tahun-tahun tersebut.

Kemudiannya Ketua Pendaftar Koperasi menjalankan siasatan terhadap bank berkenaan dan pada masa yang sama pihak polis juga menyiasat urusannya. Kerajaan memberi jaminan yang deposit di dalam bank tersebut selamat.

Kertas Putih mengenai Bank Rakyat menunjukkan pinjaman diluluskan sungguhpun ia melewati tahap kuasa Pengarah Urusan atau jawatankuasa pegawai bank. Tiada masa untuk menunjukkan jawatankuasa pinjaman itu telah pernah bertemu dan keputusannya  jelas hanya melalui tanda tangan pada borang kelulusan pinjaman. Terdapat contoh-contoh di mana permohonan, kelulusan dan pembayaran dibuat pada hari yang  sama. Dalam contoh lain, pembayaran pinjaman dibuat sebelum mendapat kelulusan.

Kadangkala pinjaman dibuat melebihi nilai jaminan, dan sebilangan pinjaman yang diluluskan sama ada diproses atau dijamin oleh sebarang kolateral. Dalam satu kes, pe-minjam yang tidak dapat membayar balik pinjaman akhirnya mendapat keuntungan sebanyak RM180,769 kerana Bank Rakyat membeli dua bidang tanah yang digadai kepada bank tersebut daripada peminjam.

Pemerolehan semula pinjaman dihalang oleh hakikat bahawa kebanyakan peminjam tidak percaya kredit terutamanya. Dalam sesetengah keadaan, pemerolehan semula dihalang oleh kehilangan fail pinjaman.

Sepertimana pada 31 Disember 1975, beberapa ahli Lembaga tersebut dan keluarga terdekat mereka mempunyai pinjaman luar dengan Bank Rakyat yang berjumlah RM1.13 juta. Daripada jumlah ini, RM1.02 juta adalah tunggakan. Tiga daripada peminjam berkenaan tidak pernah langsung membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Kertas Putih itu sebahagian besarnya berpunca daripada penyelewengan Pengarah Urusan dan pegawai-pegawai tertentu bank itu. Bagaimanapun, jika Pengerusinya, Lembaga Pengarah, Ketua Pendaftar Persatuan Koperasi dan juruaudit luar telah melaksanakan fungsi dan tanggungjawab mereka, mereka mungkin telah mencegah pihak pengurusan daripada  mengekalkan penyelewengan tersebut dan dengan itu mengurangkan kerugian bank itu.

5. Bank Koperasi Pusat (CCB)

Rugi RM726 Juta, Ketua Eksekutif Didakwa

Sekitar tempoh  yang sama di mana 24 DTC mengalami masalah, Bank Koperasi Pusat (CCB) tidak mampu membayar. Dibentuk pada 1958, CCB merupakan sebuah bank bagi koperasi lain.

Sepertimana pada Disember 1987, ahli-ahlinya yang terdiri daripada 363,483 individu dan 266 persatuan koperasi. Ia juga mempunyai 157,052 pendeposit dan jumlah liabiliti deposit sebanyak RM1.8 bilion.

Asyik dengan skandal 24 DTC, kerajaan pada mulanya tidak menyedari keseriusan masalah ke-wangan CCB. Kerugian CCB sebenar hanya diketahui apabila akaun yang diaudit bagi tahun yang berakhir 31 Disember 1986 dijadualkan pada Disember 2007.

Akaun CCB yang diaudit pada 1986 menunjukkan ia telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM329 juta yang mengakibatkan defisit dalam dana ahli sebanyak RM251 juta. CCB tidak mampu membayar kerana dana tersebut telah dihapuskan sama sekali dan ia tidak mampu membayar balik liabiliti depositnya hingga ke sebarang tahap.

Pada Januari 1988 Bank Negara mengandaikan kawalan CCB untuk melindungi kepentingan pendeposit dan memudahkan siasatan terhadap urusan CCB.

Apabila akaun kewangan CCB bagi tahun berakhir Disember  1987 diputuskan, didapati bahawa kerugian terkumpul CCB telah merosot daripada RM329 juta (pada 1986) kepada RM726 juta. Defisit dalam dana ahli juga merosot daripada RM251 juta pada 1986 kepada RM652 juta pada 1987.

CCB  hanya boleh membayar balik 60 sen bagi setiap ringgit kepada setiap pendeposit.

Kerugian terkumpul sebahagian besarnya berpunca daripada salah pengurusan yang melampau dan pemberian pinjaman besar  yang kurang bijak kepada sekumpulan kecil peminjam, kebanyakannya merupakan pinjaman tidak berbayar. Siasatan Bank Negara mendedahkan pinjaman telah dilanjutkan dengan jaminan tidak mencukupi atau lemah dan  diburukkan lagi oleh kekurangan dokumen yang  sesuai.

Untuk memudah mendapatkan semula pinjaman tidak berbayar, Bank Negara membekukan aset 17 peminjam besar dalam dua kejadian  pada 22 Disember, 1988 dan Januari 1989.

Sejumlah 40 peminjam besar juga diarahkan menyerah dokumen perjalanan mereka kepada Jabatan Imigresen.

Kerajaan juga menyediakan RM323 juta sebagai  kemudahan tersedia dalam kes pengendalian  CCB. Kemudahan RM323 juta itu digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan pinjaman dan membiayai pengeluaran dana besar pada 1988 dan 1989.

Kejatuhan CCB juga menjejaskan koperasi perumahan kerana mereka tidak mampu melengkapi skim perumahan mereka apabila CCB, pembiaya utama mereka, mengalami masalah kewangan.

Bekas Ketua Eksekutif  CCB dan Penolong Pengurus Besarnya didakwa bersama di mahkamah bagi 3 tuduhan jenayah pecah amanah.

Pada 1989 penerima mengambil alih pengendalian urusan CCB. Pada September 1993, penerima itu didakwa dan dua orang dilantik untuk mentadbir urusan CCB.

Kemudiannya pada Oktober 1994, sesetengah aset dan liabiliti CCB dijual dan dipindahkan kepada Bank PhileoAllied.


 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt