Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pelbagai Aduan

1. Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Malaysia Berhad (KOWAJA)

RM7,980 Dipotong daripada Pinjaman

Pada Januari 2009, seorang ahli  pinjam RM80,000 tetapi hanya RM33,995 didepositkan ke dalam akaunnya. Bukan itu sahaja,  salinan perjanjian pinjaman tak diberi. Apabila  mahu pulang semula RM33,995 kerana jumlah itu tidak seperti yang dipohonnya, beliau diminta supaya membayar RM2,000 sebagai yuran. Anehnya penyata pendapatannya pada Februari 2009 menunjukkan RM897 telah dipotong daripada gajinya untuk bayaran pinjaman.

Hanya selepas CAP menulis surat kepada SKM barulah misteri itu diselesaikan dan beliau diberikan salinan pinjaman. Menurut SKM, beliau hanya diberikan pinjaman RM42,000 supaya beliau tidak melebihi had 60% yang ditetapkan ke atas potongan pendapatan daripada gaji kakitangan awam.

Yang mengejutkan ialah beliau hanya menerima RM33,995 kerana RM7,980 (19% daripada pinjaman) dipotong sebagai “kos pinjaman”. (RM25 lagi dipotong untuk saham dan yuran KOWAJA).

Adakah yuran KOWAJA ini diperolehi kerana menguruskan pinjaman untuk ahli dengan RCE Marketing Sdn. Bhd? Sudah tentu ahlinya tidak menyedari kewujudan RCE.

Mohon Pinjaman RM5,000, Diberitahu Dia Membeli Barangan Kemas RM14,000

Pada Julai 2007 seorang ahli diminta menandatangani borang kosong ketika memohon pinjaman RM5,000 daripada KOWAJA. Pada Ogos 2007, RM5,294.51 (bukannya RM5,000) dikreditkan ke dalam akaunnya, tetapi paling mengejutkan apabila beliau menerima salinan perjanjian seminggu kemudian yang menyatakan beliau tidak mengambil pinjaman peribadi tetapi sebagai ganti membeli barangan kemas daripada syarikat Ikhtiar Destinasi Sdn. Bhd. Beliau diminta membayar RM197.49 sebulan selama 72 bulan atau jumlahnya RM14,219.28 untuk barangan kemas itu.

Ketika ditanya, syarikat itu menjelaskan bahawa ahlinya telah membeli barangan kemas dan barangan kemas itu dijual balik kepada pembekal. Pengadu kemudiannya akan mendapat wang tunai apabila pembekal mendeposit wang itu ke dalam akaun peminjam.      

2. Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad (KOPRAHA)

Koperasi Iklan Pulangan 16%, Tetapi Permit  Ditarik Balik

Koperasi ini menjanjikan pulangan 16% setahun ke atas pelaburan yang diiklankan di dalam akhbar. Pengguna meng-hubungi CAP untuk mengetahui sama ada tawaran itu benar.

Menurut SKM, Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad (KOPRAHA) diberikan kebenaran untuk mengambil deposit daripada bukan ahli di bawah perenggan 50(e)** Akta Koperasi 1993 pada Ogos 2008. Bagaimanapun pada Disember 2008 kebenaran KOPRAHA untuk mengambil deposit telah ditarik balik kerana didapati ia tidak mengikuti syarat yang telah ditetapkan di bawah pengambilan deposit daripada bukan ahli.

**Dana koperasi berdaftar boleh di-tingkatkan melalui deposit atau pinjaman daripada ahli dan bukan ahli tertakluk kepada had yang ditetapkan di dalam Akta dan peraturan dan dalam undang-undang kecil koperasi berdaftar itu.

3. Koperasi Belia Majujaya Malaysia Berhad

Koperasi yang Rugi Bina Rumah

Pada 1987, beliau meletakkan RM3,000 dalam skim perumahan koperasi dan dijanjikan kadar faedah 7% setahun.

Memandangkan beliau tidak mendapat sebarang manfaat sebagai ahli koperasi, beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan sejumlah wangnya (bersama de-ngan kadar faedahnya sekali) pada 2007. Pihak koperasi telah menolak permohonannya.

Dalam jawapannya kepada kami pada Februari 2009, SKM menyatakan bahawa menurut la-poran kewangan terbaru koperasi bagi tahun berakhir 31 Disember 2005, ia telah mengalami kerugian berjumlah RM3.7 juta. SKM pada masa ini sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 64** Akta Koperasi dalam usaha untuk menentukan status koperasi itu.

**Kuasa Ketua Pengarah untuk memeriksa buku koperasi berdaftar dan sebagainya.

4. Koperasi Perkasa Malaysia Berhad

Pinjaman RM9,000, Terima RM5,595  

Seorang ahli memohon pinjaman peribadi RM9,000 tetapi berakhir dengan menerima hanya RM5,595.

Selain daripada yuran pemprosesan, insurans dan sebagainya yang dipotong daripada pinjaman, beliau terkejut apabila mendapati RM1,845 dipotong untuk Syarikat Lembah Mawar, syarikat yang tidak diketahuinya.

Beliau menyelesaikan pinjamannya pada Mei 2007 dan pihak koperasi telah mengeluarkan surat memberitahunya supaya menyelesaikan baki sebanyak RM6,525.

Oleh sebab itu, beliau tidak menjangkakan satu lagi surat bertarikh 4 Julai yang menyatakan beliau masih lagi terhutang dengan koperasi sebanyak RM767.04.

SKM kini sedang meneliti berhubung dengan aduannya.

5. Koperasi Siswazah Bhd. (KOSIS)

Tak Dapat Mengeluarkan Pelaburan      

Beliau menjadi ahli sejak 1996 dan telah melabur RM11,000. Apabila mahu mengeluarkannya pada Disember 2004, beliau gagal. Sehingga ke tarikh ini  beliau masih belum mendapat kembali wangnya.  

Pada Ogos 2006, JPK memberitahu kami bahawa siasatan mendapati koperasi itu tidak lagi aktif. Bagaimanapun mereka diberikan masa untuk mengembalikannya kepada keadaan asal.

Pada Disember 2006, kami diberitahu bahawa JPK telah bertemu dengan Lembaga Pengarah untuk rayuan terhadap pembatalan pendaftaran koperasi.

Pada Mei 2007, koperasi itu telah diberikan satu tahun (berakhir pada Januari 2008) untuk memulihkannya.

Pada Jun 2008, SKM (telah mengambil alih fungsi JPK) berkata bahawa mereka sedang menunggu laporan daripada cawangannya di Wilayah Persekutuan berhubung dengan kedudukan koperasi itu.

Pada Mac 2009, SKM berkata koperasi cawangan Wilayah Persekutuan telah menjalankan usaha sama dalam projek penanaman serai di Kelantan.

Walaupun SKM menasihati peminjam supaya memohon kepada Lembaga Koperasi jika beliau mahu mengeluarkan pelaburannya, ia tidak menyatakan sama ada pihak koperasi mampu untuk memulangkan kembali wangnya.

6. Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Bhd. (MOCCIS)

Menjadi Penjamin Tanpa Pengetahuannya

Beliau telah menyelesaikan pinjamannya dengan MOCCIS Trading Sdn. Bhd. (subsidiari MOCCIS) pada Januari 2000. Bagaimanapun, beliau kemudian mendapati pendapatannya dipotong kerana dikatakan menjadi penjamin bagi dua peminjam yang mengambil pinjaman daripada MOCCIS Trading.   

Saya tidak mengenali peminjam itu dan tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian untuk menjadi penjamin mereka.

Mohon Pinjaman RM5,600, Terima RM3,200, Terhutang RM6,000

Seorang ahli telah dipengaruhi oleh sahabatnya supaya memohon pinjaman dengan sebuah syarikat kewangan pada 1997. Beliau menandatangani borang kosong dan kemudiannya diberitahu bahawa pinjamannya RM3,600 itu telah diluluskan. Bagaimanapun, beliau hanya menerima RM3,200.

Beliau terkejut apabila menerima surat daripada MOCCIS Trading Sdn. Bhd., mengatakan beliau membeli barangan bernilai RM6,000 dan gajinya telah dipotong untuk membayar pinjaman itu.

7. Koperasi Al-Hilal Malaysia Bhd. (KOHILAL)

Tiada Bayaran Balik, Koperasi Tiada Wang

Pada 1990, saya menyertai koperasi. RM23 dipotong setiap bulan daripada pendapatan. Pada 2006 saya membuat keputusan untuk berhenti. Pada November 2006, pihak koperasi menyatakan permohonan untuk berhenti diluluskan tetapi ia hanya berkuatkuasa setahun selepas permohonan diluluskan.

Anehnya wang berhenti tidak dapat, setahun kemudian (November 2007) gaji bulanan saya dipotong juga.

Pada April 2009, SKM dalam jawapannya menyatakan ahli itu telah membuat caruman bernilai RM3,514.38 dalam KOHILAL tetapi pihak koperasi tidak mempunyai wang untuk membuat bayaran balik. SKM akhirnya berjaya untuk menghentikan potongan gajinya berkuatkuasa daripada Mei 2008.

KOHILAL telah disiasat oleh JPK pada 2005 di bawah Seksyen 64 Akta Koperasi. Siasatannya mendapati koperasi itu mempunyai masalah kewangan yang sangat serius. Ini membawa kepada siasatan yang seterusnya dan hasilnya Lembaga Pengarah telah dibubarkan dan koperasi itu telah diletakkan di bawah Pentadbir.   

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt