Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Koperasi Bermasalah Lagi?

5.9 Juta Ahli dan RM38 Bilion Aset dalam Koperasi di Malaysia.

Koperasi  di negara ini wujud sejak1922.  Pada tahun 2006 kita mempunyai kira-kira 5,000 koperasi dengan seramai 5.9 juta ahli dan aset bernilai RM38.3 bilion. Aset ini sangat besar dan ramai yang terlibat yang kedua-duanya menimbulkan kebimbangan tentang pergerakan koperasi.

Pertama, adakah koperasi kini menghadapi masalah lagi? Pergerakan koperasi di Malaysia penuh dengan skandal seperti salah pengurusan, jenayah pecah amanah dan penipuan.

Sebenarnya kami berasa bimbang mengenai laporan berhubung sesuatu yang tidak betul sedang berlaku dalam Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), iaitu satu-satunya koperasi ternama negara.

Kami juga turut bimbang mengenai Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS), salah satu koperasi tertua di negara ini didapati  berada dalam ketakmampuan bayar pada 2008. Pelbagai aduan juga diterima mengenai koperasi lain.

Kedua, banyak koperasi menjadikan ahlinya papa kedana dan bukannya memperbaiki kehidupan mereka. Kebanyakan ahli yang terdiri daripada  pekerja tidak berbaki lagi wang  gaji selepas potongan bayaran pinjaman yang dibuat.

Masalah  ini bukanlah sesuatu yang baru. Bagaimanapun, kerajaan dan banyak koperasi tidak pernah mengambil iktibar daripada kesilapan mereka yang lalu.

Tercemar?

Sejarah koperasi memang tercemar dengan kisah koperasi yang bermasalah dan kerap diselamatkan oleh kerajaan. Pada 1980-an terdapat skandal melibatkan 24 koperasi pengambil deposit dan Bank Koperasi Pusat (CCB). Pada 1970-an pula ialah Bank Rakyat.

Pada 2005, bekas Timbalan Menteri Koperasi dan Pembangunan Usahawan, Datuk Khamsiyah Yeop mendedahkan bahawa kerajaan terpaksa memperuntukkan RM1 bilion untuk menyelamatkan koperasi bermasalah (NST, 27.10.05). Kenapa?  Mungkinkah terdapat tanda-tanda  yang tidak kena dengan pergerakan koperasi ini? Apakah pembayar cukai sekali lagi terpaksa menyelamatkan ko-perasi ini? Sebagai contoh:

Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad (Narsco) dikatakan mempunyai hutang lebih daripada RM20 juta dan mendapati sukar untuk memenuhi kewajipan itu. Pengerusi Narsco mempersalahkan beban hutang yang banyak itu kepada pihak pengurusan sebelum itu kerana kurang pengetahuan mengenai perakaunan, mempersoalkan keputusan dan harga getah yang turun naik (Sun, 29.7.09).

Seorang penjaja membuat laporan polis mendakwa beliau menjadi mangsa penipuan RM20,000 oleh sebuah koperasi yang berpangkalan di Kuala Lumpur yang me-ngendalikan perniagaan menanam rumpai laut di Sabah. Beliau menjadi sangsi selepas koperasi itu gagal untuk membayarnya pulangan yang dijamin kira-kira RM5,000 setiap tiga bulan untuk 30 tahun. Beliau melabur RM25,000 dan menerima “dividen” RM5,000 dan selepas itu tiada lagi berita mengenainya (Star, 23.7.09).       

Laporan berita menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Koperasi ternama ini mengendalikan RM7.3 bilion setahun melalui potongan pendapatan bagi bayaran pinjaman.

Bekas Presidennya telah menyuarakan kekecewaannya berhubung siasatan terhadap dakwaan penggelapan dana melibatkan transaksi bernilai RM20 juta sehari masih belum selesai. Menurut beliau, seorang ahli yang memohon pinjaman RM60,000 hanya mendapat RM30,000 hingga RM40,000 sahaja. Beliau mempersoalkan ke mana perginya  wang yang selebihnya (Bernama, 8.1.09).   

Seorang perunding koperasi juga turut menimbulkan keprihatinannya mengenai apa yang sedang berlaku dalam ANGKASA dan mempersoalkan kesahan mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini (Malaysiakini, 6.3.09).

Pada Disember 2008, kerajaan membekukan akaun tiga ko-perasi dipercayai telah menipu lebih daripada 5,000 ahli yang melabur kira-kira RM80 juta dalam skim cepat kaya haram. Tiga koperasi itu ialah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (Kotaqwa), Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) dan Koperasi Birr Berhad (Birr). Skim mereka menawarkan pulangan yang lumayan antara 8 dan 12% sebulan bagi pelaburan itu. Beberapa ko-perasi lain dipercayai menjalankan skim yang sama.

Ahli boleh melabur seberapa banyak yang mereka mahu dan diberitahu bahawa pihak koperasi akan melaksanakan projek seperti ternakan lembu, menanam rumpai laut, perikanan laut dalam dan bekalan barangan pengguna (NST, 18.12.08).

Pada Februari 2008, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melantik syarikat untuk mengambil alih perjalanan salah sebuah koperasi terkemuka negara iaitu Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) kerana secara teknikalnya ia berada dalam ketakmampuan membayar.

Pada awal 2000, kerajaan secara senyap membantu koperasi yang terjejas teruk oleh kejatuhan pasaran saham pada 1997. Kerajaan dikatakan telah memberikan RM172 juta dalam bentuk pinjaman mudah kepada tujuh koperasi (dua daripadanya merupakan koperasi utama) dalam usaha untuk membantu mereka untuk terus beroperasi (Malaysian Business, 16.4.04).

Di CAP, kami telah menerima beberapa kes yang membimbangkan tentang  koperasi:      

• Ahli koperasi yang tidak dapat mengeluarkan pelaburan mereka kerana pihak koperasi tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

• Seorang ahli mendapati hampir RM2,000 sahaja daripada pinjaman sebanyak RM9,000 yang dipohonnya telah diberikan kepada syarikat tanpa pengetahuan beliau.

• Seorang peminjam yang memohon untuk pinjaman peribadi mendapati beliau berakhir dengan pinjaman untuk membeli barang kemas.

• Ahli mendapati mereka secara tidak disedari telah dijadikan penjamin bagi pinjaman orang lain yang tidak dikenali.

KAJIAN audit yang dijalankan oleh Bank Negara mendedahkan bahawa koperasi berdepan masalah seperti prestasi kewangan yang buruk dan aliran tunai, pentadbiran yang lemah dan tidak mematuhi undang-undang berkaitan.

Ini tidaklah mengejutkan memandangkan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) telah melakukan kerja yang amat lemah dalam menyelia koperasi. Pada awal tahun lalu ia telah digantikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Papa Kedanalah Ahli

Apa gunanya mewujudkan koperasi sekiranya hanya menjadikan ahli bertambah miskin,  menjerumuskan  ahli ke dalam hutang atau melabur dalam skim yang diragui?

Dalam menggalakkan hutang, ANGKASA memainkan peranan penting memandangkan ia menyediakan potongan pendapatan bagi ahli koperasi untuk membayar pinjaman mereka dan untuk bayaran lain seperti langganan koperasi bulanan. Memandangkan ANGKASA menghapuskan masalah pinjaman tidak berbayar, ia menjadikan ahlinya peminjam yang sesuai bagi pemberi pinjam.

Sepertimana yang dinyatakan dalam laman sesawang RCE Capital Bhd (subsidiari RCE Marketing Sdn. Bhd., menyediakan pinjaman kepada koperasi untuk diberikan kepada ahli mereka), “Mod pembayaran semula secara automatik pa-ling atas daripada pekerja bawahan dengan kadar pulangan dalam asas pelanggan khusus ini menyediakan persekitaran operasi berisiko rendah bagi RCE Marketing, dengan itu membolehkan mereka menikmati kadar kegagalan yang rendah.”

Ini kerana ANGKASA adalah pengutip hutang yang cekap menjadikan mudah bagi kakitangan kerajaan mengambil pinjaman. Sesetengah daripada mereka mengambil begitu banyak sehingga berakhir dengan sedikit atau tiada lebihan langsung selepas gaji me-reka dipotong. Untuk meneruskan kelangsungan hidup, peminjam ini pula terpaksa beralih kepada jerung peminjam wang lain.

ANGKASA mendapat bayaran oleh koperasi kerana menjalankan potongan pendapatan dan pihak koperasi mendapat komisen mereka kerana menguruskan pinjaman.

Dalam satu kes, koperasi memotong 19% pinjaman yang diluluskan sebagai kos. Tidak hairanlah ko-perasi mahu ahli mereka membuat pinjaman.

Para peminjam ini akan ber-akhir dengan pendapatan yang sedikit atau tiada langsung menunjukkan keburukan ANGKASA dan koperasi yang memberikan pinjaman. Bagaimana begitu ramai ahli boleh melebihi had maksimum 60% potongan ke atas pendapatan yang dikenakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam? Kadar 60% adalah terlalu tinggi, bagaimana sebuah keluarga boleh meneruskan kehidupan jika semua yang tinggal hanyalah RM400 daripada pendapatan RM1,000?

Selain daripada pinjaman terdapat juga ahli yang berakhir dengan menjadi miskin disebabkan skim pelaburan koperasi mereka gagal. Ini menimbulkan persoalan sama ada pihak koperasi menjalankan sebarang penyelidikan sebelum melabur dalam skim itu atau sama ada skim itu benar-benar wujud.

Tindakan Tegas Diperlukan Untuk Mengawal Koperasi

Jika bekas Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) rajin dan tekun dalam menyelia koperasi, maka ia mampu untuk menghentikan segala keburukan dalam koperasi dan melindungi ahlinya.

Pada 1980-an, ketika berlakunya skandal 24 koperasi pengambil deposit, kami telah menegaskan bahawa pihak JPK tidak melakukan tugasnya dengan berkesan dalam menyelia koperasi. Ini kerana ketika kemuncak skandal itu telah terdedah bahawa Koperasi Belia Bersatu Bhd. (KOSATU) telah mengambil deposit secara haram selama 10 tahun. Bagaimana JPK tidak mengetahui mengenainya atau melakukan sesuatu untuk menghentikannya selama 10 tahun.

Fakta bahawa koperasi terus menghadapi masalah kewangan bermakna JPK tidak bertindak tegas. Satu tindakan yang betul apabila SKM mengambil alih daripada JPK.

Ketika berlakunya bencana 24 koperasi pengambil deposit, kami juga telah menggesa penglibatan Bank Negara dalam menyelia ke-seluruhan koperasi. Sekurang-kurangnya Bank Negara dan Kementerian Kewangan kini adalah sebahagian daripada SKM.

Tidak hairanlah terdapat ko-perasi yang tidak gembira dengan SKM dan Akta Suruhanjaya Sekuriti 2007 yang baru. Terdapat dua koperasi yang menyaman kerajaan (dan beberapa yang lain) berhubung Akta itu.

Pihak koperasi tidak gembira dengan Seksyen 42 Akta itu yang menggesa penubuhan Dana Kecairan Pusat (CLF) dan Seksyen 43 yang melibatkan penubuhan Akaun Deposit Koperasi (CDA).

Di bawah Dana Kecairan Pusat, SKM mungkin menghendaki sebarang koperasi untuk menyumbang sejumlah tertentu kepada Dana itu.

Di bawah Akaun Deposit Ko-perasi pula, semua koperasi perlu mendepositkan dana mereka yang tidak diperlukan segera untuk operasi atau pelaburan ke dalam Akaun Deposit Koperasi.

Sesetengah koperasi tidak gembira mengenai kehilangan penggunaan dana ini tetapi ia diperlukan untuk kawalan yang lebih besar ke atas dana koperasi untuk memastikan ia tidak disalahgunakan.

Kami percaya tindakan tegas perlu diambil terhadap koperasi dalam usaha untuk melindungi ahli yang memberikan kepercayaan kepada koperasi mereka yang telah lama mendera mereka.

Kesimpulan

BANYAK perkara yang tidak betul dengan banyak koperasi dan kini tiba masanya bagi SKM bertindak tegas terhadap mereka.

SKM mestilah menyiasat pihak koperasi untuk mencari punca kenapa begitu banyak daripada mereka menghadapi masalah. Jika berlaku penyelewengan, mereka yang bertanggungjawab hendaklah dibawa ke muka pengadilan.

Skim yang dikemukakan oleh pihak koperasi mestilah mendapat kelulusan SKM sebelum mereka boleh menawarkannya kepada ahli mereka. Adalah tidak wajar bagi SKM untuk menyatakan bahawa ia hanya boleh bertindak terhadap koperasi yang melanggar Peraturan Akta Koperasi. Maka ahlinya yang akan kehilangan wang mereka.

Akhir sekali, pastikan ahli yang mahu membuat pinjaman menda-patkannya hanya daripada bank koperasi dan bukan melalui kope-rasi mereka sendiri. Bank koperasi lebih profesional dalam menanga-ninya. Ia dapat mengelakkan pe-minjam daripada kejutan seperti pinjaman peribadi bertukar menjadi pinjaman untuk produk pengguna, atau potongan yang tidak dijangka daripada jumlah pinjaman. Ia juga cenderung menjadikan pinjaman itu akan menjadi lebih murah.      

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt