Skandal Koperasi
Faedah 24% bagi Pinjaman Koperasi
Ahli-ahli koperasi mungkin mendapatinya mudah untuk mendapatkan pinjaman tetapi pinjaman ini mungkin amat mahal. Bagi seorang ahli koperasi, kadar faedah adalah setinggi 24% setahun.
Sejarah Skandal
1. ANGKASA: Dakwaan Penipuan di Koperasi Penaung
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) bermula pada 1977 sebagai penaung koperasi di negara ini.
Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Bekas Presiden, Profesor Diraja Ungku Aziz menyuarakan kekecewaannya terhadap siasatan SKM berhubung dakwaan penyelewengan dana yang masih belum diselesaikan sehingga Januari 2009.
Pelbagai Aduan
1. Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Malaysia Berhad (KOWAJA)
RM7,980 Dipotong daripada Pinjaman
Pada Januari 2009, seorang ahli pinjam RM80,000 tetapi hanya RM33,995 didepositkan ke dalam akaunnya. Bukan itu sahaja, salinan perjanjian pinjaman tak diberi. Apabila mahu pulang semula RM33,995 kerana jumlah itu tidak seperti yang dipohonnya, beliau diminta supaya membayar RM2,000 sebagai yuran. Anehnya penyata pendapatannya pada Februari 2009 menunjukkan RM897 telah dipotong daripada gajinya untuk bayaran pinjaman.
Koperasi Bermasalah Lagi?
5.9 Juta Ahli dan RM38 Bilion Aset dalam Koperasi di Malaysia.
Koperasi di negara ini wujud sejak1922. Pada tahun 2006 kita mempunyai kira-kira 5,000 koperasi dengan seramai 5.9 juta ahli dan aset bernilai RM38.3 bilion. Aset ini sangat besar dan ramai yang terlibat yang kedua-duanya menimbulkan kebimbangan tentang pergerakan koperasi.