Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pengguna Berhak Dapat Skim Liabliti Tanpa Kesalahan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia bahawa ia akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan  pada bulan depan sebelum mengemukakan skim baru kecederaan tubuh dan kematian pihak ketiga kepada kerajaan.

Pada Ogos 2007, Pejabat Peguam Negara mengeluarkan Kertas Cadangan Awal yang mencadangkan Skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) diperkenalkan. Beberapa perbincangan diadakan dengan kumpulan yang berkepentingan termasuk Bank Negara mengenai betapa pentingnya skim NFL dilaksanakan.

Pada peringkat itu terdapat sepersetujuan dalam kalangan peserta berhubung keperluan untuk skim NFL itu dan apa yang perlu dilakukan ialah menubuhkan satu jawatankuasa dan melantik perunding untuk merangka skim itu dan menggubal rangka kerja perundangan. Malangnya tiada kemajuan dilakukan berhubung perkara ini sejak lebih dua tahun yang lalu.

Adalah menjadi harapan kami bahawa skim baru yang dicadangkan oleh BNM serupa dengan skim NFL yang dibincangkan dua tahun lalu. Kita benar-benar memerlukan skim NFL ini berlaku adil kepada mereka yang mengalami kecederaan dalam kemalangan atau bergantung kepada mereka yang terbunuh dalam kemalangan.

Skim NFL adalah lebih baik berbanding sistem yang berasakan kesalahan seperti hari ini di mana tuntutan untuk pampasan bagi kecederaan diri atau pergantungan atau sebarang kehilangan lain oleh kemalangan kenderaan bermotor dibuat dengan mengemukakan prosiding di mahkamah. Mahkamah menggunakan prinsip common law kecuaian dalam menentukan kesalahan dan pampasan. Hasilnya, tidak semua orang yang cedera dalam kemalangan menerima pampasan serta terpaksa menunggu untuk tempoh masa bagi pertimbangan dan membelanjakan sebahagian daripada sejumlah wang.

Bagaimanapun, skim NFL lebih daripada mendapatkan pampas an bagi mangsa kemalangan seberapa cepat yang boleh. Ia adalah berasaskan prinsip tanggungjawab komuniti, hak komprehensif, pemulihan sepenuhnya, pampasan sebenar dan kecekapan pentadbiran.

Skim NFL adalah baik memandangkan ia mempunyai banyak manfaat, contohnya:-

• Ia akan menjimatkan masa dan wang memandangkan kes kemalangan tidak akan lagi dibawa ke mahkamah dan seseorang yang terlibat itu tidak akan berdepan kelewatan dalam bayaran daripada syarikat insurans. Orang ramai tidak perlu membayar yuran peguam dan mahkamah dan ia akan mengurangkan kes tertunggak di mahkamah;

• Ia akan mengurangkan salah laku dan rasuah dalam proses mendapatkan pemulihan bagi mereka yang mengalami kecederaan dalam kemalangan;

• Kerajaan perlu membelanjakan jumlah bayaran kadar faedah ke atas jumlah penghakiman. Skim NFL akan mengatasi masalah kelewatan dan dengan itu juga bayaran kadar faedah;

• Mangsa juga mampu untuk mendapatkan dana dengan segera dan tanpa kelewatan dan halangan bersama dengan tuntutan saman;

• Mangsa juga mampu untuk menerima perhatian perubatan dan rawatan, terutama sekali apabila hospital akan diberikan jaminan bayaran;

• Dana untuk bayaran boleh diperolehi kerana ia dijamin oleh undang-undang;

• Mangsa kes langgar dan lari juga akan diberikan pampasan;       

• Syarikat insurans tidak akan lagi dibebankan dengan terpaksa mengenepikan dana untuk memenuhi tuntutan bagi kecederaan atau kematian untuk tempoh sehingga 6 tahun;

• Pihak polis juga mempunyai lebih masa untuk memberikan tumpuan kepada kes jenayah.

Kami percaya skim NFL seperti berikut boleh berfungsi dengan baik:-

• Undang-undang khusus mestilah diperkenalkan untuk mengawal skim ini.

• Sebuah agensi selaras dengan PERKESO atau perbadanan milik negeri mestilah ditubuhkan untuk menguruskan semua skim NFL.

• Masalah dengan pembiayaan untuk skim ini boleh diatasi dengan menggunakan premium insurans pihak ketiga yang sedia ada dan sebahagian daripada bayaran insurans komprehensif. Jika itu tidak diterima maka pemilik kenderaan boleh menyumbang kepada skim sebagai bayaran wajib yang dibuat bersama dengan cukai jalan atau lesen memandu. Jumlahnya bolehlah secara kadar rata RM50 setahun bagi setiap pemandu. Akhir sekali pembiayaan juga boleh datang daripada PERKESO di mana sebahagian daripada caruman yang dibuat oleh pekerja dan majikan kepada PERKESO boleh diperuntukkan untuk skim NFL.

• Ia seharusnya meliputi semula kemalangan yang disebabkan oleh semua kenderaan berdaftar dengan JPJ.

• Faedahnya perlu dibayar kepada mereka yang cedera dalam kemalangan sebagai pemandu, penumpang, pejalan kaki, penunggang atau pembonceng.

• Bagaimanapun, sesetengah kumpulan boleh dikecualikan daripada menerima faedahnya atau menerima hanya faedah secara terhad di bawah skim NFL. Contohnya seseorang yang cedera dalam kemalangan motosikal akibat daripada perlumbaan atau untuk menguji kelajuan atau seseorang yang didapati bersalah kerana minum atau mabuk atau kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah yang mengakibatkan kemalangan itu.

• Faedah yang dibayar seharusnya meliputi kos rawatan perubatan yang munasabah serta perkhidmatan bukan perubatan dan perkara yang diperlukan akibat daripada kecederaan yang dialami dalam kemalangan, kehilangan pendapatan dan kos pemulihan.

• Masalah penipuan boleh dikawal dengan melaksanakan sistem semak dan imbang.    

• Pencegahan kemalangan dan keselamatan jalan raya perlu diberikan penekanan memandangkan ia menjadi kunci kepada daya maju skim tanpa kesalahan dalam jangka panjang. Oleh itu, kempen secara lebih agresif mestilah ditujukan untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkah laku, dengan harapan untuk mengurangkan kecederaan dan kemalangan jalan raya.

Skim NFL sudah lama tertangguh. Sejak 1970-an dan awal 1990-an kami telah menggesa supaya diperkenalkan beberapa jenis skim NFL. Allahyarham Tan Sri Dato Harun Hashim (bekas Hakim Mahkamah Agung) telah juga menggesa supaya ditubuhkan NFL pada 1995. Kami juga telah menghantar satu memorandum kepada BNM berhubung kenapa kita perlukan skim NFL dan bagaimana ia boleh dilaksanakan.

Kenyataan Akhbar – 25 Mac 2010

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt