Gula dan Kanser
Gula memberi makan kepada kanser. Keghairahan tisu berkanser untuk mendapatkan gula (glukosa) sudah diketahui. Satu kajian yang memantau diet 80,000 wanita dan lelaki yang sihat dari 1997 – 2005 mendapati risiko mengembangkan kanser pankreas ada kaitannya dengan jumlah gula di dalam diet. Seramai 131 subjek kajian itu akhirnya mengembangkan kanser pankreas. Golongan yang paling berisiko ialah mereka yang kerap minum minuman bersirap atau bergas.
Gula dan Diabetes
Sungguhpun punca sebenar diabetes masih belum difahami sepenuhnya, namun pengambilan gula berlebihan diketahui turut memainkan peranan secara tidak langsung. Pengambilan gula yang tinggi semata-mata mungkin tidak menyebabkan diabetes namun ia boleh menjadi penyumbang utama pertambahan berat badan dan obesiti – faktor-faktor yang jelas merangsang diabetes.