Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tiada Pinjaman Untuk AUCMS!

Jika tepat pada masanya, badan kerajaan yang berkuasa seperti Kementerian Pendidikan Tinggi melakukan sesuatu mengenai isu Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), terdapat kemungkinan seluruh masalah ini dapat dielakkan. Kini semuanya telah berlaku, AUCMS telah meminta Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan pinjaman bagi menangani krisis kewangannya. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) percaya tiada keadaan yang perlu untuk Kerajaan Persekutuan menyokong atau malah memberikan pinjaman kepada AUCMS atas alasan berikut:

 

1. AUCMS mendakwa mereka berdepan dengan isu kewangan dan bukannya salah urus adalah sesuatu yang pelik. Tidakkah AUCMS mengalami isu kewangan akibat salah urus?

2. Jika Kerajaan Persekutuan memberikan pinjaman kepada AUCMS, kami ingin tahu dari mana sebenarnya wang itu diperolehi.

3. Pinjaman kepada AUCMS memerlukan wang untuk menyelesaikan semua hutangnya dan membiayai operasi institut itu untuk sementara waktu. Ini merupakan satu jumlah wang yang besar memandangkan pensyarah mereka sebenarnya profesional dalam bidang perubatan dan mempunyai “gaji yang tinggi”.

4. Dari segi hipotesisnya, jika AUCMS diberikan pinjaman dan mereka boleh meneruskan operasi institusi itu lagi, sejauhmana mereka merancang untuk memperolehi wang yang secukupnya agar mereka boleh terus kekal? Menaikkan yuran pelajar bukanlah pilihan kerana ia tidak boleh mengatasi perbelanjaan AUCMS yang tinggi itu. Dengan semua publisiti yang buruk ini adakah mereka boleh menarik pelajar baharu? Kami meramalkan bahawa AUCMS akan berdepan dengan masalah yang sama apabila wang pinjaman itu habis.

5. Mengikat jamin AUCMS keluar daripada krisis kewangan mereka akan menetapkan duluan bagi institusi pendidikan lain yang gagal untuk mendapatkan pertolongan Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan bantuan kewangan. Ia akan menyebabkan perkara buruk yang berlaku berterusan dan tidak dapat dihentikan.


Kenyataan Akhbar, 21 November 2014

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt