Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Prestasi jalur lebar satu sendaan

Dalam era maklumat masa kini, Internet menjadi peralatan yang penting. Bagaimana Malaysia boleh mengaspirasi untuk mencapai taraf negara maju sedangkan tahap kelajuan Internet jalur lebar kita kerap terganggu?

Di Georgetown Pulau Pinang, dari 27 April sehingga 6 Mei, kendalian Streamyx cuma sekitar 5% daripada kelajuan yang diiklankan. Bagi pakej 4Mbps, kelajuannya menurun kepada sekitar 100 – 200 Kbps sementara bagi pakej IMbps pula kelajuannya menurun kepada 60Kbps. Ini samalah buruknya dengan menggunakan talian Internet ‘dial up’.

Ini bukanlah kali pertama kami mendapat perkhidmatan buruk seumpamanya daripada TMNet dalam tempoh yang panjang. Di antara tempoh Mac sehingga Jun 2013, kelajuannya menurun kepada kira-kira 30% - 50% pada kebanyakan masa.

Di bawah keadaan seumpamanya tidak ada apa yang berguna boleh dilakukan dalam Internet. Pertubuhan perniagaan, pusat penyelidikan dan universiti memuat turun dan memuat naik fail-fail besar dari semasa ke semasa. Kemampuan mereka untuk menjalin usahasama dengan pusat-pusat lain di luar negara akan terganggu dengan teruk kecuali mereka mempunyai kemudahan Internet berkelajuan tinggi.

Kebanyakan pengguna memperolehi kemudahan menempah tiket penerbangan secara online atau membuat ‘check in’ melalui laman web. Malah kerajaan turut memperkenalkan e-kerajaan dan perbankan Internet. Penggunaan cek semakin kurang digalakkan dengan caj perkhidmatan lebih tinggi akan diperkenalkan mulai tahun depan. Namun begitu, pelanggan menanggung risiko tinggi apabila menjalankan urusniaga seumpamanya ketika kelajuan Internet di tahap yang rendah atau tidak stabil.

Pelanggan sepatutnya mendapat kelajuan sekurang-kurangnya 80% daripada kelajuan pakej yang diiklankan bagi sekurang-kurangnya 90% pada sepanjang masa; jika tidak, mereka sepatutnya mendapat rebat. Syarikat telekomunikasi tidak seharusnya berselindung mengenai perkhidmatan mereka yang buruk atas nama eufemisme “usaha yang terbaik”. Apa tidaknya. Pakej jalur lebar selain pakej tahap kemasukan di Malaysia bukannya murah sungguhpun terdapat syarikat telekomunikasi lain yang boleh dipilih. Mereka menawarkan pakej dengan kelajuan dari 256Kbps sehingga 30Mbps.

Pemasar telekomunikasi bagi TMNet memujuk pelanggan supaya meningkatkan pakej Streamyx mereka kepada kelajuan yang lebih tinggi. Jika pelanggan yang menggunakan pakej semasa merasakan perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan, kenapa pula mereka perlu menukar kepada pakej dengan kelajuan lebih tinggi dan membayar lebih? Apakah jaminan bahawa perkhidmatan yang akan diberikan lebih baik di bawah pakej baru? Penjelasan diperlukan dari TMNet.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan pihak Perbadanan Komunikasi dan Multimedia untuk memastikan syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan yang stabil dan munasabah. Tidak seorang pun patut berasa rugi dan tertipu, malah mereka sepatutnya menjalankan urusniaga secara online mereka dengan penuh yakin dan selamat.

Surat kepada Pengarang - 16 Mei 2014

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt