Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kelemahan dalam undang-undang cukai negara kita perlu diperbaiki

Memandangkan keadaan ekonomi dunia tidak menentu pada masa ini, Malaysia perlu bersedia lebih awal bagi menghadapi cabaran ekonomi di masa depan. Untuk melindungi pertumbuhan dalam keadaan yang sukar seperti ini, negara perlu menggunakan semua sumber kewangan yang boleh digunakan dan tidak dapat menanggung sebarang pembaziran atau kebocoran.

Berhubung perkara ini, di samping membanteras rasuah, fenomena lain yang berpotensi menjadi pengaliran utama wang negara juga perlu ditangani iaitu mengelak cukai korporat.

Lewat tahun lalu, terdapat bantahan awam yang besar di United Kingdom selepas didedahkan bahawa syarikat gergasi multinasional seperti Starbucks, Google dan Amazon membayar sedikit hingga tidak membayar cukai di negara itu beberapa tahun walaupun mengaut hasil berbilion paun.

Ini hanyalah secebis daripada masalah sebenar, bagi masalah mengelak cukai dan lari dari cukai merupakan satu daripada penyakit yang melanda negara membangun selama beberapa dekad. Adalah dianggarkan negara miskin kehilangan sehingga US$160 bilion setahun dalam bentuk hasil cukai akibat mengelak cukai korporat. Sumber ini boleh disalurkan untuk kesihatan, pendidikan dan khidmat penting awam yang lain di negara ini.

Korporat mampu untuk mengelak cukai dengan menggunakan pelbagai teknik perakaunan kreatif. Contohnya, firma multinasional boleh mengubah suai harga di mana barangan dan perkhidmatan dipindahkan di antara subsidiari di negara yang berbeza. Harga ini boleh dinaikkan dan diturunkan dengan itu kebanyakan keuntungan berakhir di negara yang mengenakan kadar cukai yang rendah atau lebih baik bagi firma itu berada di negara yang menjadi syurga bagi cukai.

Oleh sebab itu adalah menjadi keperluan bagi kerajaan Malaysia memperbaiki sebarang kelemahan dalam undang-undang cukai negara kita yang boleh mengawal amalan mengelak cukai itu. Selain itu Malaysia juga boleh bekerjasama dengan negara lain untuk menetapkan standard perakaunan antarabangsa yang memerlukan ketelusan dalam laporan aktiviti multinasional di setiap negara di mana mereka menjalankan perniagaan. Adalah penting juga untuk mewujudkan satu sistem yang menyediakan pertukaran maklumat cukai secara automatik antara pihak berkuasa negara.

Kita perlu memastikan sektor korporat termasuk syarikat multinasional asing yang melabur di dalam negara membayar bahagian cukai mereka dengan adil. Ini bukan sahaja meningkatkan sumber untuk membiayai program dan dasar awam tetapi juga menyebabkan keperluan bagi sumber hasil alternatif seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) regresif yang akan menjejaskan pengguna dan golongan miskin.

Orang ramai tidak seharusnya menanggung beban akibat pengelak cukai korporat yang tidak beretika.

Surat kepada Pengarang - 16 Januari 2013

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt