Wilayah adat Penan di Batu Bungan, Mulu, Sarawak diancam projek perladangan
SAM baru-baru ini telah menerima laporan dari kaum Penan di Kampung di Batu Bungan di Mulu, Sarawak, bahawa pada bulan Januari tahun ini, pembinaan jalan untuk sebuah projek perladangan sawit telah mula menceroboh ke dalam wilayah adat mereka, yang bersebelahan dengan Taman Negara Gunung Mulu, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sebagai tindakbalas, kampung tersebut telah membina sebuah halangan jalan (blockade) dan membuat sebuah laporan polis untuk menghentikan pencerobohan tersebut. Namun, halangan tersebut dilaporkan telah diruntuhkan oleh para pekerja operasi pembinaan jalan tersebut.
Pada bulan September tahun lalu, Menteri Industri Perladangan persekutuan telah mengumumkan bahawa kerajaan yang baru tidak akan membenarkan lagi penambahan keluasan perladangan sawit di negara ini, untuk memastikan Malaysia dapat mengekalkan liputan berhutan sebanyak 50 peratus. Pada bulan Disember, Sarawak diberitakan turut menyatakan komitmen mereka di dalam usaha ini. Walaupun kami turut menerima baik perkembangan ini, seperti yang ditunjukkan oleh kes Kampung Batu Bungan ini, masih lagi terdapat pelbagai isu yang belum lagi diselesaikan berkenaan dengan hal ini.
Perlindungan diperlukan oleh Pembeli Kereta Baru
CAP Gesa Perkenalkan Lemon Law di Malaysia
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk melaksanakan Lemon Law yang merupakan cara bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pembeli produk pengguna, terutama sekali kenderaan bermotor, yang berulang kali gagal untuk memenuhi standard kualiti dan prestasi. Lemon Law mengukuhkan Akta Perlindungan Pengguna. Ia perlu diperkenalkan bagi membolehkan pengguna yang memegang ‘limau’ (senang untuk dilihat tetapi masam dan tajam rasanya) mendapatkan ganti rugi melalui perundangan.
Undang-undang ini memerlukan kereta yang rosak dibaiki atau diganti. Pengguna mungkin meminta pengurangan dalam harga atau mendapatkan bayaran balik. Pada masa ini negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, Korea Selatan, China dan Filipina telah melaksanakan Lemon Law.
Siasatan Tragedi Bukit Kukus – Tindakan tegas perlu diambil terhadap pesalah, termasuk MBPP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa agar tindakan tegas dikenakan ke atas pesalah yang didapati bertanggungjawab terhadap tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan projek jalan raya berkembar, Jalan Bukit Kukus pada 17 Oktober lalu.
Melalui laporan akhbar kami mendapat tahu jawatankuasa siasatan khas yang dibentuk oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapati Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kontraktor Yuta Maju Sdn. Bhd., Jurutera Perunding GEA (M) Sdn. Bhd., jurutera pemeriksa bebas, G & P Professional Sdn. Bhd. bertanggungjawab terhadap tragedi yang meragut 9 nyawa itu.
Elakkan Kematian yang Tidak Sewajarnya
Dua wanita warga tua mati ketika rempuhan yang melibatkan lebih 1,000 orang bergelut untuk mendapatkan 200 kupon makanan percuma di Kuala Lumpur. Bilangan mereka itu lima kali melebihi bilangan kupon makanan percuma untuk warga tua yang boleh diperolehi.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan berita ini kerana ia tidak seharusnya berlaku dan dua warga tua itu tidak seharusnya mati.
Orang ramai perlu menghentikan amalan mengedarkan makanan ini atau memberikan ang pow untuk mendapatkan publisiti kerana ia suatu penghinaan terhadap maruah semua mereka yang beratur untuk mendapatkan perkara itu apabila amalan seperti itu boleh dilakukan secara persendirian.
CAP menggesa kerajaan dengan segera menghentikan semua bentuk amalan ini.
Kenyataan Akhbar, 1 Februari 2019
Kerajaan Negeri mesti menghebahkan kepada umum hasil siasatan tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus
Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar membuatpendedahan awam hasil siasatan yang dijalankan ke atas tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus serta mengemukakan syarat-syarat yang membenarkan kerja-kerja pembinaan diteruskan.
Gesaan ini dibuat berikutan kerja-kerja pembinaan dibenarkan untuk disambung semula di jalan terbabit, ekoran penarikan balik perintah menghentikan kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP), seperti yang dilaporkan dalam media hari ini.