CAP Ingatkan MB Kedah: Perlombongan Nadir Bumi Dedah Risiko Toksik
Kami merujuk kepada pengumuman oleh Menteri Besar Kedah minggu lepas bahawa Kerajaan Negeri bercadang untuk melombong unsur nadir bumi (REE) yang bernilai RM62 bilion.
Unsur nadir bumi diekstrak daripada bijih dan mineral memandangkan ia tidak kerap dijumpai dalam kepekatan deposit yang boleh dilombong. Unsur nadir bumi ini sering ditemui selaras dengan radioaktiviti yang signifikan memandangkan bijih dan mineral ini secara semula jadi mengandungi Uranium dan Thorium.
Pandemik Covid-19 Adalah Bom Jangka Psikologi
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin mengenai kesan pandemik Covid-19 ke atas kesihatan mental orang ramai memandangkan kes bunuh diri semakin meningkat sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.
Menurut laporan media, statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan bahawa 266 orang membunuh diri antara 18 Mac dan 30 Oktober 2020. Dalam tempoh yang sama bilangan kematian Covid-19 di Malaysia (termasuk warga asing) ialah 249. Oleh itu, bilangan kematian akibat bunuh diri bersamaan dengan 94 peratus daripada kematian Covid-19.
Ya, kita MINUM 1,000 MINUMAN TIN SEMINIT
Ramuan utama minuman ringan adalah air berkarbonat, gula, pemanis kalori, pewarna tiruan dan perisa. Diperbuat dengan gula dan bahan kimia sepenuhnya.
Minuman ringan dikaitkan dengan obesiti, diabetes Jenis 2, kaviti gigi, dan manfaat pemakanan yang rendah dan gula pula dikaitkan dengan 60 penyakit.
Tarik semula daging beku import dari pasaran
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar menarik semula daging beku import dengan segera dari pasaran kerana pengguna Islam dikhuatiri tanpa sedar memakan daging yang Tidak Halal.
Gesaan ini dibuat sebagai maklum balas kepada laporan yang menyebut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah merampas 1,500 tan daging beku bernilai RM30 juta dari sebuah bilik stor di Senai, Johor. Menurut laporan tersebut, daging itu diimport dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina. Daging yang tidak halal itu kemudian dibungkus semula dan dilabelkan sebagai daging Halal sebelum ia diedarkan ke seluruh negara. (Sinar Harian, 2/12/2020)
Ini bukanlah rampasan pertama daging beku import yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
> Pada Jun tahun ini, pihak berkuasa Malaysia telah merampas daging beku bernilai lebih RM80,000 di Pasir Mas, Kelantan dari negara jiran.
> Pada 2018, pihak berkuasa menemui 273 kotak berisi daging beku dari Brazil seberat 5,106 kg bernilai RM72, 840 dengan cukai bernilai RM7,284.
Disebabkan harga daging tempatan yang mahal, restoran dan tempat makan lain menggunakan daging beku import dalam makanan yang dihidang kepada pelanggan. Pengeluar daging yang diproses turut menggunakan daging beku import dalam produk mereka.
Justeru itu, kita tidak boleh menganggap bahawa daging berlabel ‘Halal’ itu benar-benar halal. Pengguna dinasihatkan agar tidak membeli daging beku import dan produk daging yang diproses sehingga pihak berkuasa dapat memastikan bahawa daging beku yang beredar di pasaran adalah daging yang Halal.
Sehubungan dengan laporan terbaharu mengenai penyeludupan daging beku import di negara ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar:
> Menarik semula daging beku yang diimport dari pasaran
> Mengambil tindakan tegas terhadap penyeludup daging beku import kerana ia melibatkan soal akidah orang Islam.
PENJELASAN KELAS PEKERJA yang BAIK
Anda mungkin memakai pakaian yang paling mahal, cantik dan bersih, tetapi adakah tangan anda bersih? Tangan anda mungkin tercemar dengan rasuah, eksploitasi dan membelakangkan kemanusiaan?
Kelas pekerja melakukan semua kerja kotor dan kebanyakan kerja berbahaya dan kasar. Mereka miskin, tertindas dan menderita hidup dalam keadaan yang teruk. Mereka memakai pakaian yang kotor dan koyak-rabak – merupakan masyarakat terpinggir. Mereka membina bandar dan pembetung kita di samping banyak lagi sumbangan. Kebanyakan tangan mereka bersih.
“Pakaiannya kotor tetapi tangannya bersih” – Bob Dylan